fb fb fb fb fb

Telus dalam perniagaan, integriti jadi asas keusahawanan

Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Integriti menjadi asas penting dalam setiap hal ehwal keusahawanan agar tidak timbul sebarang isu rasuah atau penyelewengan.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata ketelusan dalam menjalani perniagaan merupakan salah satu faktor ekonomi negara yang mampan.

"Sebagai pemimpin usahawan, anda secara langsung bertanggungjawab untuk meningkatkan dan memulihkan ekonomi negara masing-masing.

Perniagaan yang baik bermakna lebih ramai rakan perniagaan, lebih dan lebih aman, lebih aman bermakna perniagaan lebih baik dan supaya kita boleh maju bersama," kata Dr. Joachim dalam ucapannya pada Majlis The 20th Asia Pacific International Honesty - Book of Records di ibu negara.

Pada majlis tersebut, seramai 38 orang telah menerima anugerah dalam pelbagai kategori antaranya Jenama yang dipercayai, Jenama Halal Unggul Asia Pasifik dan Usahawan Muda Unggul Asia Pasifik.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM