fb fb fb fb fb

Teliti MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan PH - ANNUAR

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Semua pihak diminta agar meneliti Perkara 2.1 dan 3.1 dalam dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan kekeliruan mengenai tarikh tamat MoU itu.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di laman facebook miliknya bagi menjelaskan kepada kenyataan beliau baru-baru ini bahawa tiada tarikh tamat bagi MoU itu.

Beliau yang turut memuat naik beberapa salinan MoU yang ditandatangani pada 13 September 2021 itu berkata semua pihak diminta meneliti perkara 2 dan perkara 3 MoU berkenaan kerana beliau adalah salah seorang yang mewakili kerajaan menandatangani MoU berkenaan.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

Perkara 2.1 menyebut “Memorandum Persefahaman ini hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14” manakala Perkara 3.1 memaklumkan “Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribulan Julai 2022”.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian bagi mengulas komen beberapa pemimpin UMNO yang mempertikaikan kenyataan beliau di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Media Baharu