
KUALA LUMPUR, 17 Februari – Orang ramai diingatkan supaya tidak mengabaikan keselamatan jalan raya dalam kesibukan menyambut Tahun Baharu Cina, hari ini.
- Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak dalam talian adalah penting untuk keselamatan mereka.
- Pengguna jalan raya digesa lebih berhati-hati semasa sambutan Tahun Baharu Cina.
- Sikap toleransi di jalan raya ditekankan untuk mengurangkan kemalangan dan kejadian tidak diingini.
- Ucapan Gong Xi Fa Cai disertai harapan rezeki dan kebahagiaan berpanjangan bagi masyarakat Tionghua.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di beberapa platform media sosial rasminya berkata pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati dan mengamalkan sikap toleransi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Pandu cermat, jiwa selamat,” pesannya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak di dalam talian.
“Buat ibu bapa… sama-sama kita pastikan anak-anak selamat dengan sentiasa memerhatikan aktiviti mereka dalam talian,” tegas beliau dalam kenyataan tersebut.
Sambil mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” kepada seluruh masyarakat Tionghua, beliau berharap sambutan tahun ini akan membawa limpahan rezeki dan kebahagiaan yang berpanjangan.