fb fb fb fb fb

Tarik minat belia dalam pertanian, MAFS zahir komitmen tinggi

Foto FB FAMA Perak

GOPENG, 22 Jun- Penglibatan golongan belia dalam bidang pertanian sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin berkata penggunaan teknologi pintar, kemudahan pinjaman dan penyediaan geran khas diharap dapat menarik minat lebih ramai belia menceburi bidang tersebut.

Jelasnya, persepsi yang tidak tepat berkaitan pertanian dilihat antara punca kurangnya minat belia terhadap sektor itu.

"Dengan teknologi yang ada sekarang, tidak semestinya pertanian diusahakan dengan cara tradisional. Kita juga ada cara "vertical farming" di mana kita boleh tanam sayur-sayuran di dalam keadaan yang terkawal.

Selain itu, pengaplikasian "Internet of Things" (IoT) juga dapat menarik minat golongan belia supaya menceburi bidang pertanian sekali gus membantu mereka melihat pertanian ini sebagai peluang kerjaya masa hadapan," kata Foong Hin kepada pemberita selepas merasmikan Perak FAMA Fest 2023 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak, Gopeng.

Sebanyak RM2 juta nilai jualan disasarkan FAMA sepanjang lima hari penganjuran program tersebut.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin)

Media Baharu