fb fb fb fb fb

Tangani isu mikroplastik, elak risiko kesihatan - TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

PUTRAJAYA, 15 Julai - Kerajaan akan memberi tumpuan kepada isu mikroplastik yang menjejaskan ekosistem serta kesihatan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bahan cemar itu merupakan ancaman baharu yang perlu ditangani segera.

"Yang saya mahu fokuskan sekarang ialah bagaimana hendak beri kesedaran kepada masyarakat, kalau diperingkat masyarakat itu sendiri memberi komitmen ini akan dapat mengurangkan risiko ianya dilepaskan kepada air yang akhirnya mendedahkan balik risiko kesihatan kepada kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Mikroplastik Kebangsaan 2024, di sini.

Jun lalu, jawatankuasa khas menangani kemerosotan kualiti air sungai kebangsaan ditubuhkan sebagai bukti kerajaan komited dalam meningkatkan kualiti air sungai.

Secara purata, tahun lalu, Malaysia merekodkan sebanyak sembilan bilion beg plastik digunakan dengan kadar kitar semula 35.38 peratus.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN