fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Taman Bunga Raya, sebuah rumah terjejas

Foto orang awam

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Hujan lebat berterusan petang tadi telah menyebabkan sebahagian dinding penahan tanah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn runtuh.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, kejadian menyebabkan sebuah rumah terjejas akibat runtuhan tersebut.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 5.43 petang tadi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit.

"Pihak polis memaklumkan penghuni rumah itu dan kawasan yang berhampiran supaya berpindah untuk sementara demi keselamatan  selain mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kerana didapati masih berlaku pergerakan tanah," katanya menerusi kenyataan.

Tambah kenyataan itu, operasi pemantauan masih dilakukan oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM