fb fb fb fb fb

Tanah jerlus: KPWKM tawar khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri/ BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya bertanggungjawab memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.

Beliau memaklumkan, pihak kementerian sudah menemui keluarga mangsa untuk menawarkan khidmat kaunseling. Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa masih belum bersedia.

"Kita menghormati kehendak mereka supaya mereka ada memikirkan sendiri bagaimana mereka nak ambil tindakan, mereka tidak mahu diganggu dahulu. Kalau perlu kaunseling, kita setiap masa sentiasa bersiap sedia", katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman Dua, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
 

ROSLINA BINTI DIN