NIBONG TEBAL, 17 Julai - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 hari ini tampil dengan gaya berbeza apabila membawa Jalur Gemilang menggunakan pengangkutan awam.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, peserta akan bergerak menaiki komuter dan seterusnya menggunakan bas Rapid Pulau Pinang.
"Satu keunikan pada edisi kembara kali ini ialah laluan penyerahan Jalur Gemilang dari Perak kepada Pulau Pinang.
"Mereka akan mengedar dan mengibarkan Jalur Gemilang kepada penumpang. Ini adalah salah satu cara untuk persediaan kita menyambut Bulan Kebangsaan dan saya berharap semua rakyat akan melibatkan diri dalam sambutan Bulan Kebangsaan tidak lama lagi," katanya selepas Majlis simbolik menerima Jalur Gemilang dari Jabatan Penerangan Perak di Stesen KTM, Nibong Tebal.
Sebanyak 66 buah kenderaan dari peserta turut digunakan sebagai simbolik kepada 66 tahun kemerdekaan negara.
KMJG 2023 yang bermula di Ipoh semalam akan berakhir di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos Depan.
Jalur Gemilang yang dibawa menjelajah sejauh 3,347 kilometer ke seluruh negara itu sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, Fahmi Fadzil berkata konvoi itu membabitkan 132 check points dengan 66 check points di Semenanjung Malaysia dan 66 check points lagi di Sabah, Sarawak serta Labuan.
ARTIKEL BERKAITAN:
PM harap kibaran Jalur Gemilang lebih meriah tahun ini
Kibar Jalur Gemilang sebagai semangat cintakan negara
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dilancar hari ini