fb fb fb fb fb

Tambahan pembinaan PEDi di Sabah

TUARAN, 5 Jun - 13 lagi Pusat Digital Ekonomi Malaysia (PEDi) akan dibina di Sabah tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ia akan ditempatkan di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berbeza.

Tambahan PEDi itu penting bagi memastikan usahawan kecil dan sederhana di Sabah dapat menerima latihan keusahawanan dan perniagaan secara dalam talian.

Setakat ini terdapat 118 PEDi di Sabah.

Ia termasuk tiga PEDi baharu yang siap dibina pada suku pertama tahun ini iaitu PEDi Pantai Emas Kota Belud, PEDi Langkon Kota Marudu dan PEDi Kemabong Tenom.

(Mohammad Mentek bercakap kepada pemberita)

"PEDi ini penting juga untuk usahawan untuk mereka mempelajari satu berkenaan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), untuk mereka mempromosikan produk-produk usahawan mereka dan selain daripada itu untuk mereka menjual secara dalam talian," katanya kepada media selepas melawat PEDi Projek Perumahan Rakyat PPR Taman Sri Rugading di sini.

Media Baharu