JASIN, 22 Januari-Melaka komited menyokong usaha pihak swasta menambah produk pelancongan di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat mewujudkan lebih banyak lokasi pelancongan sekali gus dapat dikunjungi orang ramai apabila berkunjung ke Melaka.
Ia termasuk membabitkan produk ekopelancongan khususnya di kawasan Alor Gajah dan Jasin.
“Sebenarnya di Melaka ini pelbagai cara untuk mempromosikan ekopelancongan berdasarkan kepada kemampuan pelaburan itu sendiri.
"Jadi yang ini mereka sanggup melabur dan juga memberikan sokongan kepada dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri sebab itu kerajaan negeri akan menyokong usaha ini kepada sesiapa sahaja", katanya demikian kepada pemberita selepas merasmikan Duta Riang Villa di sini.
Duta Riang menawarkan suasana eko pelancongan kepada pengunjung terutama apabila tiba musim durian dengan lebih 1,000 pokok durian ditanam di seluruh kawasan berkenaan.