fb fb fb fb fb

Taman tema Genting Highlands terbakar

Tangkap layar video orang awam

GENTING HIGHLANDS, 14 Jun - Bangunan empat tingkat dipercayai menempatkan sebuah taman tema di Genting Highlands dilaporkan terbakar, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat dua bangunan taman tema berkenaan sebelum merebak ke tingkat empat.

Setakat pukul 6.00 petang tadi, pasukan bomba dan penyelamat sedang membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran gelung sepanjang 200 kaki dan mengambil air dari pili bomba bertekanan.

Katanya, operasi pemadaman api telah dihentikan sepenuhnya.

TETITIA YUSOFF