fb fb fb fb fb

TalentCorp lancar Future Skills Talent Council

Program itu akan menjadi kunci penyelesaian bagi cabaran bakat Malaysia, terutamanya isu pekerja di bawah kelayakan atau ketidakpadanan bakat.

KUALA LUMPUR, 2 Disember-Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) melancarkan 'Future Skills Talent Council' (FSTC) bagi pembangunan bakat berkemahiran dan persediaan alam pekerjaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata program itu akan menjadi kunci penyelesaian bagi cabaran bakat Malaysia, terutamanya isu pekerja di bawah kelayakan atau ketidakpadanan bakat.

"Kaedah terkini untuk melihat bagaimana kita melahirkan bakat hadapan untuk kita mendepani cabaran teknologi baharu.

"Menerusi FSTC, pemain industri akan dapat mengenal pasti kemahiran yang diperlukan dalam permintaan yang berkembang dalam sektor masing-masing.

"Selain mendapat latihan yang diperlukan agar kemahiran bakat dapat ditingkatkan mengikut keperluan semasa dan akan datang," katanya selepas Majlis Pelancaran FSTC.

TalentCorp berperanan dalam pemudah cara FSTC dengan melibatkan kerjasama berlandaskan kolaborasi sektor awam dan swasta termasuk Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM