Tahniah pasukan Kardiologi HRPB – PM

Foto X Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 1 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) atas kejayaan muncul juara dunia dalam pertandingan Fellows-in-Training (FITs) Jeopardy sempena American College of Cardiology Conference (ACC) 2026 di New Orleans.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejayaan ini mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang kardiologi.
  • Perpaduan tiga pakar muda: Dr Chen Tai Meng, Dr Ang Jian-Gang dan Dr Yee Shen Yew menewaskan peserta antarabangsa.
  • Rekod cemerlang sebelumnya termasuk juara kebangsaan NHAM 2024 dan juara serantau ACC Asia Singapura 2025.

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan kejayaan itu, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkukuh keupayaan negara dalam bidang kesihatan,” menurut hantaran itu.

Kejayaan itu dicapai menerusi gandingan tiga pakar muda negara iaitu Dr Chen Tai Meng, Dr Ang Jian-Gang dan Dr Yee Shen Yew yang berjaya menewaskan peserta dari pelbagai negara.

Untuk rekod pasukan berkenaan turut muncul juara kebangsaan anjuran National Heart Association of Malaysia (NHAM) pada 2024 dan juara serantau ACC Asia di Singapura pada 2025.