Tabung Haji tubuh pasukan petugas khas tangani kemungkinan kenaikan kos haji

FOTO HIASAN / BERNAMA

KOTA KINABALU, 15 Mac – Tabung Haji (TH) menubuhkan pasukan petugas khas bagi merangka perancangan strategik dalam menangani kemungkinan peningkatan kos menunaikan ibadah haji.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua agensi berkaitan diminta menjalankan kajian serta membuat persiapan rapi menghadapi perubahan kos haji.
  • Beberapa perancangan telah disiapkan dan akan dibincangkan dalam pertemuan susulan dijadualkan minggu hadapan.
  • TH menyediakan pelan kontingensi serta memastikan aspek keselamatan dan kebajikan jemaah haji terus terjamin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata langkah itu diambil bagi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia terus terpelihara.

Menurut beliau, semua agensi berkaitan telah diminta menjalankan kajian serta membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang perubahan kos pada masa hadapan.

Katanya, beberapa perancangan telah disiapkan dan akan dibincangkan dalam pertemuan susulan yang dijadualkan minggu hadapan.

“Tabung Haji juga telah melakukan pelbagai persiapan awal termasuk menyediakan pelan kontingensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berkaitan kos haji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Simfoni Ramadan 2026 di sini.

Tambah beliau, TH sentiasa bersedia menghadapi sebarang perubahan selain memastikan aspek keselamatan serta kebajikan jemaah haji Malaysia terus terjamin.

Program Simfoni Ramadan 2026