fb fb fb fb fb

Tabung Haji jalin kerjasama 5 tahun dengan Saudia Airlines

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman (tengah) ketika menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian penyediaan penerbangan jemaah haji Malaysia. TH diwakili oleh Mohd Hisham Harun (kiri) dan Saudia Airlines diwakili oleh Amer G Alghamdi (kanan)

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Lembaga Tabung Haji (TH) menandatangani perjanjian lima tahun dengan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan khas jemaah haji Malaysia untuk menunaikan fardhu haji.

Perjanjian telah ditandatangani oleh Ketua Jabatan Haji TH bersama Pengurus Besar Saudia Airlines. Kerjasama itu adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, TH memaklumkan bagi musim haji 1446 Hijriah ini, Saudia Airlines akan menyediakan 45 penerbangan pergi dan balik dengan setiap pesawat berkapasiti 357 penumpang, membawa 50 peratus daripada 31,600 bakal haji Malaysia secara berperingkat.

Penerbangan pertama dijadual pada 29 April 2025 dari KLIA ke Jeddah dan Madinah.

Terdahulu, kuota haji rasmi semasa bagi tahun ini ditetapkan sebanyak 31,600 ratus orang.

TH dan Saudia Airlines komited untuk memastikan jadual penerbangan tersusun dan perkhidmatan mesra serta memberikan pengalaman perjalanan terbaik kepada jemaah haji.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE