PUTRAJAYA, 2 Disember – Syarikat swasta diseru untuk turut serta dalam misi bantuan banjir di seluruh negara, dengan menawarkan bantuan dalam bentuk dana, jentera, dan sokongan moral.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha bantuan ini telah dimulakan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta Badan Bukan Kerajaan (NGO), termasuk Khazanah, Petronas, dan PNB, yang telah mengerahkan semua sumber yang ada.
“GLIC bawah Khazanah, Petronas, dan PNB telah mengerahkan juga semua dibawah mereka.
"Ada baiknya jika syarikat-syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang turun ke gelanggang untuk melihat masalah kehidupan rakyat, kemiskinan, dan kesusahan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian demikian dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.
Anwar turut memuji kesiapsiagaan jentera kerajaan dalam menghadapi banjir dan mengucapkan penghargaan atas persiapan yang luar biasa kali ini.
“Kesediaan itu bermula beberapa bulan sebelumnya, jadi tidak terlalu sukar apabila banjir berlaku. Ini majoritinya melibatkan jentera kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri, dan perbandaran daerah,” tambahnya.