fb fb fb fb fb

Syarikat korporat, swasta digalak tingkatkan program CSR

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Syarikat korporat dan juga swasta digalak mengadakan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata program tersebut dapat memberi manfaat kepada masyarakat.


(Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil)

"Kalau kita lihat kawasan pinggir bandar atau kawasan dalam bandar seperti Lembah Pantai kawasan Pantai Dalam, Kampung Kerinchi, kalau hendak dikatakan hospital dekat, klinik banyak tetapi seringkali untuk komuniti, mereka mungkin ada pelbagai kekangan.

"Jadi, apabila kita bawa perkhidmatan itu dalam komuniti lebih ramai yang dapat manfaat. Jadi saya amat alu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak lain yang ingin mengadakan program serupa, boleh berhubung dengan saya, Insya-Allah", katanya selepas merasmikan Program Pemeriksaan Kesihatan Gigi: Gigi Sihat Senyum Ceria di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai hadir ke program tersebut menyifatkan program tersebut juga memberi pendedahan kepada pelajar pergigian mengenai kaedah memberi rawatan dan nasihat pergigian kepada kumpulan sasaran.

Menerusi progam anjuran bersama International Medical University (IMU) dan Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai serta pertubuhan bukan kerajaan itu, lebih 100 orang telah mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan gigi di PPR Kerinchi.

Media Baharu