CALIFORNIA, 16 November- Syarikat bateri silikon termaju Enovix Corporation bakal melabur RM5.8 bilion di Malaysia untuk tempoh 15 tahun.
Ia termasuk kemudahan pembuatan pertamanya yang bernilai RM315 juta dengan rakan kongsi YBS International Bhd.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan strategik Enovix membuka kilang di Pulau Pinang yang akan beroperasi tahun depan.
"Membuka sebuah kilang di Malaysia. Mereka akan bermula bulan April ini, kilang pun telah siap. Cuma menunggu peralatan dan bermula operasi pada April", katanya.
Datuk Seri Tengku Zafrul berkata demikian selepas pertemuan syarikat berkenaan dengan Perdana Menteri di San Francisco.
Enovix beribu pejabat di Amerika Syarikat serta mempunyai rangkaian di India, Korea dan Malaysia.
Aplikasi teknologi bateri Enovix diguna secara meluas merangkumi peranti komputer, Internet Pelbagai Benda dan kenderaan.