fb fb fb fb fb

Syamsul Debat nafi terlibat dalam kemalangan

Penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat/FOTO Facebook Syamsul Debat

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail menafikan beliau terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Elite di sini hari ini.

Pengurus beliau mengesahkan Syamsul atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat selamat tiba di rumah kediaman mereka.

"Tidak benar, itu (mesej yang tular) scammer. Ustaz (Syamsul Debat) baru sampai dari Madinah pada tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi RTM.

Terdahulu tular di Whatsapp mendakwa seorang pendakwah bebas terkenal tanah air maut dalam kemalangan di Jalan Lebuhraya Elite.

Berita palsu itu memetik nama Syamsul Amri Ismail meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang yang dihubungi RTM juga mengesahkan tidak menerima sebarang laporan kemalangan seperti yang ditularkan.

GRACE AISYAH KEDAYAN