fb fb fb fb fb

Susulan cuaca panas dan kering berlanjutan, air empangan Kolam Bukit Merah susut




BAGAN SERAI, 1 Februari- Empangan Kolam Bukit Merah mencatatkan penyusutan, berikutan cuaca panas dan kering di kawasan itu sejak lebih dua minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Razman Zakaria berkata sekiranya keadaan tersebut berlanjutan, ia dijangka memberi kesan kepada lebih 200 penduduk sekitar Kerian.

Selain, turut menjejaskan penyaluran air ke sawah padi di daerah tersebut dengan keluasan bertanam sebanyak 19,200 hektar.

Beliau ditemui ketika tinjauan di empangan tersebut.

Jelas beliau, sekiranya keadaan tersebut berlanjutan sehingga pertengahan Februari, pihaknya akan memohon kepada Persekutuan untuk melaksanakaan pembenihan awan.

Namun jika tidak berjaya, Kerajaan Negeri terpaksa menjadualkan semula jadual pengairan untuk penyaluran air ke sawah.

Media Baharu