fb fb fb fb fb

Kes baharu COVID-19 lepasi angka 5,000


PUTRAJAYA, 1 Februari- Sebanyak 5,566 kes COVID-19 dicatatkan hari ini sekaligus menyaksikan angka tertinggi dalam tempoh 61 hari sejak 2 Disember lalu.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara turut meningkat sebanyak 19.27% dalam tempoh seminggu jika dibandingkan pada minggu lalu.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan media, Selangor mencatatkan jumlah kes yang tertinggi iaitu 1,166 kes, diikuti Johor 796 kes dan Kedah 505 kes.

Pada masa sama, 7 kluster baharu telah dikenalpasti daripada 318 kluster yang masih aktif.

Manakala, Kedah dan Johor mencatatkan kadar kebolehjangkitan, Rt yang tertinggi iaitu 1.17 dan diikuti Negeri Sembilan, 1.16.

Tambah beliau lagi, mana-mana yang masih belum menerima vaksin, tetapi belum dijangkiti COVID-19, mereka perlu mengambil suntikan vaksin dengan kadar segera berikutan mereka berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan.

Media Baharu