fb fb fb fb fb

Suri rumah disaran buat caruman PERKESO

(FOTO FAIL/ BERNAMA)

KUALA PERLIS, 28 September- Bagi memberi kesedaran dan kefahaman, khususnya kepada suri rumah, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan Program Libat Urus Inisiatif Baharu, di Perlis.

Exco Sumber Manusia Negeri, Rozeana Ahmad mengharapkan kumpulan sasar bersedia untuk membuat caruman bagi membolehkan mereka dilindungi.

Jelasnya, setakat ini seramai 5,000 suri rumah telah mencarum dalam skim berkenaan.

"Yang terkini kita ada skim kepada suri rumah, di mana suri rumah dilindungi semasa melakukan atau melaksanakan kerja-kerja suri rumah. Jadi ini kita dapat melihat bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat dan apabila berlaku perkara yang tidak diingini, kita dilindungi dan bukan sahaja kita ataupun suri rumah, satu keluarg dapat manfaat daripadanya," katanya.


(Exco Sumber Manusia negeri Perlis, Rozeana Ahmad)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Libat Urus Inisiatif Baharu PERKESO di Kangar, Perlis.

Skim suri rumah berkenaan telah diluluskan di peringkat parlimen dan akan dikuat kuasakan bermula 1 Disember ini.

Media Baharu