
BAGAN DATUK, 7 Mac -Seramai 1,584 golongan asnaf di Parlimen Bagan Datuk menerima sumbangan sempena program Ihya Ramadan Al-Mubarak, melibatkan peruntukan
keseluruhan berjumlah RM246,800.
- Penerima terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).
- Program bermula sejak 1984 untuk membantu golongan memerlukan serta mendapat barakah pada bulan Ramadan.
- Senarai penerima diperoleh daripada e-Kasih, ketua kampung dan pemimpin masyarakat; walaupun penerima meningkat, sumbangan tetap diberikan.
Penerima terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, program sumbangan ini bermula sejak 1984, bertujuan membantu golongan memerlukan serta mendapat barakah Allah SWT pada bulan Ramadan.
“Setiap tahun, terdapat pertambahan terutamanya dalam kalangan ibu tunggal dan bapa yang tinggal bersama anak-anak yatim. Jumlah yang meningkat ini merupakan fenomena lazim dalam masyarakat di Bangka, dan mungkin juga berlaku di tempat lain.
“Walaupun begitu, kita tetap memberikan sumbangan walaupun bilangan penerima bertambah,” katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026M Parlimen Kawasan Bagan Datuk di Dewan Dato’ Lope Hashim, di sini.
Senarai penerima diperoleh daripada senarai e-Kasih, ketua kampung dan pemimpin masyarakat setempat.