fb fb fb fb fb

Sultan Selangor cemar duli rai Royal Selangor Visitor Centre

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan mencemar duli meraikan Royal Selangor Visitor Centre

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli meraikan Royal Selangor Visitor Centre sempena ulang tahun ke-20, hari ini.

Ia merupakan sebuah destinasi bagi pelancong tempatan dan antarabangsa menerokai sejarah, seni dan budaya Malaysia.

Royal Selangor didedikasi bagi memelihara warisan yang kaya dengan ketukangan piuter selain mempamerkan kesenian yang menjadikan Royal Selangor peneraju global dalam industri.

Turut berlangsung, pelancaran buku 'Born & Bred in Pewter Dust: The Royal Selangor Story oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor berkenan melawat ke galeri pameran dan kilang pembuatan piuter.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI