fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan sumbang bantuan Aidilfitri kepada asnaf Kuala Selangor

Foto RTM

KUALA SELANGOR, 10 Mac-Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis berbuka puasa  bersama rakyat serta menyampaikan sumbangan hari raya bagi daerah Kuala Selangor.

Mengiringi Baginda adalah Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari.

Pada majlis yang diadakan di Masjid Raja Lumu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan sebanyak RM235,000 kepada 470 asnaf.

Setiap penerima menerima RM500 seorang.

Baginda kemudiannya  berkenan berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan solat sunat Tarawih  bersama rakyat.

Masjid Raja Lumu yang terletak di bawah Bukit Melawati dan sekitar Pekan Lama Kuala Selangor merupakan Masjid Diraja kesembilan di Selangor. 

Masjid itu dinamakan sempena Sultan Selangor pertama, Raja Lumu atau Sultan Salehuddin Shah.

Kuala Selangor menjadi daerah kedua bagi program Ihya’ Ramadhan  Sultan Selangor Bersama Rakyat selepas Sabak Bernam minggu lalu. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD