
IPOH, 24 Mei -Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira lebih 1,000 jemaah di Masjid Sultan Idris Shah II, (Masjid Negeri) di sini, pagi tadi.
- Keberangkatan baginda tiba sekitar pukul 8.30 pagi dan disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
- Hadir sama Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Mufti Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah JAIPk Datuk Harith Fadzilah.
- Solat diimamkan Imam Besar Abd Farid Salleh; khutbah "Ibadah Korban: Lambang Penyucian Jiwa" menekankan ujian terhadap apa dicintai dan bahayanya sikap sombong.
Turut berangkat ialah Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Keberangkatan tiba baginda sekitar pukul 8.30 pagi disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.
Solat sunat Aidiladha diimamkan Imam Besar, Abd Farid Salleh yang turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Ibadah Korban: Lambang Penyucian Jiwa.
Teks khutbah berkenaan menekankan bahawa setiap umat diuji Allah SWT. dengan perkara yang kita cintai dan tanpa kita sedar ia adalah sifat kesombongan diri.
Selesai solat, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh.