fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berkenan sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

Foto Bernama

TAIPING, 19 November - Lebih 9,000 peserta menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak yang berlangsung di Dataran Warisan, di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat untuk menyempurnakan dan menyertai majlis tersebut kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad bersama barisan exco kerajaan negeri.

Ini merupakan penganjuran julung kali di daerah tersebut berikutan sebelum ini diadakan di daerah Kuala Kangsar untuk tempoh 10 tahun berturut-turut.

Bandar Taiping bakal menyambut usia 150 tahun sebagai Bandar Warisan, tahun hadapan dan larian tersebut merupakan promosi awal bagi sambutan itu.

Turut berlangsung aktiviti persembahan di sekitar Taman Tasek dan Padang Esplanade, demonstrasi tempur daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pameran di Muzium Perak.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN