fb fb fb fb fb

SUKHOI 'Tarok Makto' - simbol keberanian, jiwa patriotik wira negara

Panglima Tentera Udara sedia beraksi untuk acara pembukaan LIMA’25 di perkarangan MIEC, Langkawi / Foto RTM

LANGKAWI, 21 Mei - Pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dengan gelaran istimewa ‘Taruk Makto’ mencuri perhatian di LIMA 2025.

Membawa keterujaan luar biasa segmen aeroangkasa dengan penuh gaya dan semangat patriotik.

Langit Langkawi bergema apabila pesawat Sukhoi Su-30MKM, Toruk Makto, diterbangkan sendiri oleh Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; membuka tirai pertunjukan udara LIMA 2025.

Menampilkan corak ikonik Jalur Gemilang, Toruk Makto menjadi simbol keberanian dan semangat patriotik mewakili kekuatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pentas antarabangsa.

Gandingan hebat bersama Kolonel Mohd Norazan Othman atau dikenali 'Sting', yang juga Komander Pangkalan Udara Gong Kedak membuktikan kehandalan dua wira negara ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan TUDM kerana memberikan kepercayaan untuk saya terbangkan Su-30MKM dengan 'New Livery' iaitu bendera Malaysia bersama dengan Tan Sri Panglima Tentera Udara (Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan) , Insyaallah tugas yang diamanahkan kepada saya dan akan buat terbaik bersama Tan Sri di LIMA 2025, " kata Kolonel Mohd Norazan Othman ketika ditemui di sini hari ini.

Gaya 'manuver' luar biasa seperti 'Cobra Spike', 'Aileron Roll', 'Tail Slide' dan 'Belly Barrel', pasti mendebarkan buat sesiapa yang menonton.

Hanya yang berjiwa tulen, kental mengharungi cabaran untuk mengendalikan pesawat tempur dilengkapi teknologi generasi 4.5  yang bersifat supermanuver termasuk senjata canggih.

"Untuk persediaan LIMA 2025, kami mengambik masa selama 3 bulan untuk kami menjalani latihan akrobatik dan kami berusaha sedaya upaya kami untuk mengkoreograf aksi aksi aerobatik yang akan dipamer pada siri kali ini."

Hanya 12 minit, aksi memukau di udara bukan 'kaleng-kaleng'.

Setiap detik berharga ketika kendalikan 'jentera' udara ini, kerana ia keputusan antara hidup dan mati!

Namun ibarat hasil seni, impak usaha berbulan-bulan melibatkan koordinasi rapi warga TUDM itu sendiri, persembahan Toruk Makto dipuji.

"Untuk persiapan bagi reka bentuk sehinggalah untuk di aplikasi ke Toruk Makto,  12 Skuadron cuma memerlukan seminggu, cabarannya dengan keadaan cuaca yang agak mencabar di sebelah timur, keadaan hujan tapi alhamdullilah pihak skuadron berjaya menyiapkannya, " kata Mejar Zakaria Drahman, Ketua Flait Hangar No 12 Skuadron.

'Sting' dan PTU dikenali 'Gunjiz' bergabung, terbang lebih tinggi bagi mencorak masa depan cemerlang TUDM.

Bukan sekadar pesawat tempur, Toruk Makto kini menjadi simbol kemegahan yang menggabungkan teknologi, seni dan jiwa patriotik.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN