KUALA LUMPUR, 9 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen negara yang beraksi di temasya Sukan SEA Thailand.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyeru kontinjen negara untuk beraksi dengan penuh fokus, ketenangan dan keyakinan sepanjang kejohanan berlangsung.
"Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand, yang secara rasmi bermula hari ini.
"Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian.
Lebih 1,100 atlet negara beraksi di temasya Sukan SEA Thailand.
Malaysia yang mengambil bahagian dalam semua 50 acara yang dipertandingkan pada edisi ke-33 di Sukan SEA 2025 di Bangkok dan Chonburi menetapkan misi baharu untuk membawa pulang 200 pingat tanpa mengira warna.
Sukan SEA 2025 dibuka secara rasmi hari ini di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok dan berakhir pada 20 Disember ini.