fb fb fb fb fb

Subsidi minyak masak paket kekal, hanya subsidi minyak berbotol ditarik balik -PM

(Ismail Sabri pada sidang media khas)

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak paket sekilogram (1kg) seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai keseluruhan minyak masak subsidi yang ditanggung kerajaan ketika ini adalah RM4 bilion melibatkan 60,000 tan metrik.

"Jumlah ini berbanding RM500 juta pada tahun 2020 danRM2.2 bilion pada 2021.

"Minyak masak bersubsidi ini melebihi daripada keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan.

"Kerajaan yakin subsidi sebanyak 60,000 tan metrik sebulan adalah mencukupi untuk kegunaan Keluarga Malaysia.

"Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan ini adalah untuk kategori minyak masak kampit RM2.50 bagi satu kilogram (kg) sahaja, berbanding harga pasaran sebenar, RM9.00 bagi satu kg untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40," katanya pada sidang media khas.

Ismail menjelaskan perkara itu susulan kekeliruan konon kerajaan menarik balik subsidi minyak kategori itu  yang menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan inflasi makanan

Ismail Sabri berkata, subsidi ini telah bermula sejak Jun 2007 dan sewaktu pandemik COVID-19, kerajaan telah memperkenalkan program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1kg, 2 kg, 3 kg dan 5kg, pada Ogos 2021.

"Usaha ini bagi membantu Keluarga Malaysia yang ketika itu terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya.

(Kerajaan yakin subsidi sebanyak 60,000 tan metrik sebulan adalah mencukupi untuk kegunaan
Keluarga Malaysia  melebihi keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan)


Sementara itu, bagi minyak masak berbotol, beliau berkata, program subsidi sementara untuk minyak masak berkenaan hanyalah untuk tempoh tiga bulan sahaja dengan kos RM55 juta sebulan.

Mengulas lanjut, katannya minyak masak berbotol yang disubsidi dikesan banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

Sehubungan dengan itu, katanya kerajaan membuat keputusan mulai 1 Julai 2022 untuk tidak lagi menyambung subsidi untuk minyak masak berbotol kerana objektif awal program ini adalah untuk membantu golongan terkesan pandemik.

"Berbanding minyak masak paket, minyak masak botol dilihat lebih mudah diseludup. Jika 10 botol minyak masak botol bersubsidi 5kg diseludup, ia bererti sudah 50kg.

"Melihat kepada penyelewengan yang berlaku, kerajaan memutuskan tiada lagi keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak botol kerana ia tidak tidak lagi menepati objektif ia diperkenalkan untuk membantu golongan terkesan pandemik," katanya.

Media Baharu