fb fb fb fb fb

Subsidi ayam tamat hari ini, harga masih terkawal

Foto Hiasan

ALOR SETAR, 1 November- Harga ayam di Pasar Besar, Alor Setar, masih dalam kawalan, meskipun subsidi ayam tamat bermula hari ini.

Ini berdasarkan tinjauan dibuat Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajani Kanth di di pasar berkenaan.

Menurutnya, jualan ayam pada harga sekitar RM7 itu, menunjukkan kerjasama baik peniaga dalam menyokong aspirasi kerajaan, agar penamatan subsidi tidak membebankan rakyat.

"Harga telah ditetapkan RM9.40, mana-mana pun harga tetap RM9.40 kita tidak benarkan kenaikan harga dan sebagainya dan kita dapati pasar-pasar besar yang kita tinjau sebentar tadi harga masih sekitar RM7.49 dan RM7.99. Saya menjangkakan semua pihak memastikan harga ayam tetap terkawal dan tiada kenaikan akan berlaku," katanya.

Affendi juga memberikan amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga sehingga membebankan pengguna.

Pemantau berterusan dilakukan dan sekiranya mendapati harga ayam dijual pada harga yang tidak munasabah, tindakan tegas akan diambil.

Begitu juga, peniaga restoran atau gerai  makanan  yang berniaga berasaskan ayam dan  meletakan harga  yang terlalu tinggi, juga akan diambil tindakan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI