fb fb fb fb fb

Suami isteri warga asing ditahan, jual minuman keras tanpa lesen

SEBERANG PERAI, 10 Jun- Pasangan suami isteri warga Myanmar dicekup kerana disyaki menjual minuman keras tanpa kebenaran.

Turut dirampas, lebih 5,000 arak pelbagai jenama bernilai RM118,000.

Suspek dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang dalam serbuan berasingan di Taman Nagasari, Perai.

Dalam operasi pertama, pasangan itu ditahan bersama 1,272 tin minuman keras di sebuah rumah.

Susulan itu, pihak berkuasa menggempur satu lagi rumah disyaki dijadikan stor.

Hampir 4,000 lagi arak dirampas.

Semakan mendapati pasangan itu tidak mempunyai lesen untuk menjual dan menyimpan semua minuman keras berkenaan.

Mereka direman lima hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.


(Foto Fail)

Media Baharu