fb fb fb fb fb

10 individu mengaku bersalah, perdaya guru sehingga jutaan ringgit

AMPANG, 10 Jun- 10 lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang guru menyebabkan kerugian RM7.3 juta pada Februari lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas kertas pertuduhan dibaca dihadapan Majistret Normaizan Rahim di Mahkamah Ampang.

Terdapat sejumlah wang di antara RM58,000 sehingga RM2.3 juta dalam setiap akaun tertuduh yang dipercayai milik mangsa.

Mereka didenda RM1,000 seorang.

Sekiranya gagal membuat pembayaran, akan dipenjara selama tiga bulan.

Kesalahan dibuat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995 (Akta 336).

Sebelum ini, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30-an itu dihubungi sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak.

Panik dengan makluman itu, mangsa dipercayai mendedahkan segala butiran peribadi termasuk nombor akaun miliknya kepada suspek.


(10 individu dibicarakan di Mahkamah Ampang, Selangor)

 

Media Baharu