fb fb fb fb fb

STR fasa tiga dibayar sebelum Aidiladha

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ia akan memberi manfaat kepada 8 juta penerima golongan B40 melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion.

"Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang bernilai lebih RM2 bilion akan memberi manfaat kepada 8 juta penerima akan disalur sebelum Hari Raya Haji dan E-tunai Belia Rahmah bernilai RM200 melibatkan mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun.

Ia akan diberikan sebelum minggu ketiga," kata Anwar di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.


(Foto Fail)

Pada masa sama, beliau berkata, dalam usaha mengekang ketirisan daripada terus berlaku antara tindakan yang diambil kerajaan adalah termasuk memastikan perolehan kerajaan dibuat secara telus dan terbuka.

Katanya kerajaan juga melaksanakan pemberian subsidi lebih bersasar yang berbeza dengan sebelum ini, apabila golongan kaya turut menikmati pelbagai subsidi termasuk subsidi bil elektrik.

“Kerajaan juga mula menamatkan unsur monopoli sepertimana dwirangkaian 5G dan juga import makanan yang akan menyebabkan harga lebih rendah daripada beberapa tahun dahulu,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata perbahasan Laporan Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Parlimen adalah antara langkah kerajaan untuk mengekang ketirisan.

Media Baharu