fb fb fb fb fb

Stoking tertera kalimah Allah: Johor tubuh Jawatankuasa pantau premis perniagaan elak insiden berulang

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid (tengah) ketika menjalankan Operasi Bersepadu bagi memantau premis perniagaan terkait isu kalimah Allah dimulakan serentak seluruh Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 20 Mac - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menjalankan operasi serentak di kira-kira 80 premis perniagaan seluruh negeri ini yang dikaitkan dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah, bermula hari ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, operasi berterusan akan dilakukan sehingga isu di selesaikan.

Katanya, pihaknya juga menumpukan kepada kedai-kedai yang menjual produk berkaitan pakaian atau alat tulis.

"Kerajaan Johor turut menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersepadu negeri bagi menangani isu berkenaan bagi mengelak daripada kejadian berulang.
 
"Mesyuarat pertama ini nanti kita akan memberi garis panduan bagaimana sepatutnya perniagaan berlangsung dalam suasana yang mesra bukan saja mesra agama tapi juga mesra masyarakat.

"Ini dua elemen yang mesti dipatuhi setiap pemain industri dan peniaga supaya dalam kita berniaga kita jaga sensitivi agama, bukan hanya pada orang Islam tetapi mencakupi semua agama," katanya ditemu media selepas operasi pemantauan di premis di negeri ini berhubung isu penjualan stokin tertera kalimah Allah.

Operasi disertai 50 anggota penguatkuasaan JAINJ, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pejabat Kadi Daerah.

ARTIKEL BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN