Stesen radio perlu beri lebih ruang kepada lagu tempatan

Datuk Fahmi Fadzil menerima kunjungan hormat wakil Malaysian Indian Recording Artist Association (MINDRAA) di Angkasapuri/Foto Facebook Datuk Fahmi

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Stesen radio perlu memainkan peranan lebih besar dalam memperluas siaran lagu tempatan bagi memastikan industri muzik negara terus berkembang, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tekankan kepentingan ruang siaran dan sokongan untuk artis tempatan di semua stesen radio.
  • Libatkan stesen berbahasa Tamil, Cina dan Inggeris sama seperti stesen lain dalam mempromosi karya tempatan.
  • Sokongan berterusan termasuk geran dan pentas seperti acara R!UH bantu bangunkan bakat tempatan.
  • Industri perlu menyelaraskan penciptaan, siaran, promosi dan sokongan untuk memastikan pertumbuhan muzik tempatan.

Beliau berkata, usaha itu perlu melibatkan semua stesen radio, termasuk yang menyiarkan lagu berbahasa Tamil, Cina dan Inggeris berbanding lagu luar negara.

“Ramai artis tempatan yang berbakat, hasil karya yang berkualiti, dan pelbagai bentuk sokongan yang telah disalurkan, termasuk geran kepada penggiat seni serta pentas seperti acara R!UH yang banyak menampilkan bakat Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Tambah beliau, industri muzik tempatan hanya akan terus berkembang jika ekosistemnya bergerak seiring bersama penciptaan karya, siaran, promosi dan sokongan berterusan kepada artis tempatan.

Terdahulu, Datuk Fahmi bertemu wakil Malaysian Indian Recording Artist Association (MINDRAA) di Angkasapuri bagi membincangkan pemerkasaan muzik tempatan.

Khususnya aspek ruang siaran dan sokongan kepada artis tempatan di stesen radio.

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.