fb fb fb fb fb

Stesen jana kuasa haba di Jepun terbakar

Foto Reuters

TOKYO, 31 Januari- Bunyi letupan dan kepulan asap hitam dilaporkan kelihatan naik dari stesen jana kuasa haba Taketoyo di wilayah Aichi, Jepun, hari ini.

Menurut laporan penyiar awam NHK pada Rabu, asap hitam datang dari fasiliti loji kuasa haba dan kemudahan penghantar arang batu yang terbakar.

"Anggota bomba bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada saksi," kata seorang pegawai di jabatan bomba tempatan kepada Reuters.

"Tiada laporan kecederaan setakat ini," jelas polis tempatan kepada Reuters.

Loji jana kuasa itu dikendalikan oleh JERA, sebuah syarikat utiliti terkemuka Jepun.

JERA bagaimanapun tidak segera membalas permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Menurut laman web, kapasiti penjanaan loji Taketoyo ialah 1,070 MW, merupakan antara yang terbesar di Jepun daripada segi pengeluaran unit tunggal.

Loji itu terletak kira-kira 40 kilometer di selatan Nagoya, bandar terbesar di tengah Jepun.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM