fb fb fb fb fb

SPRM siasat 20 projek pembangunan kerajaan negeri Selangor

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 20 projek pembangunan kerajaan negeri Selangor kerana disyaki mempunyai unsur rasuah.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata, siasatan juga dibuat terhadap lima buah syarikat dipercayai mempunyai pegangan saham milik seorang ahli politik berpengaruh dan dua individu yang ditahan.

"Saya tidak boleh namakan projek-projek berkenaan. Tunggu pegawai penyiasat selesaikan kerja mereka untuk mengumpulkan keterangan dan sebagainya," Katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Bank-bank Komersial, di ibu negara.

SPRM pada Rabu menggeledah enam premis jenis kediaman yang disyaki lokasi penyimpanan hasil wang suapan di sekitar Lembah Klang.

Hasilnya, wang tunai bernilai RM600,000 disita.

Trainee2