fb fb fb fb fb

Skim SPNB RMR 2022 dibuka untuk permohonan

JERANTUT, 2 Februari - Skim Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022 kini dibuka kepada pemohon di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib berkata permohonan terbuka kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah sendiri atau kediaman telah usang.

"48,700 yang telah pun siap kita bina di seluruh negara bagi negeri Pahang kita ada 10,418 permohonan dan telah bina 4,249 semuanya seluruh negeri.

"Ketika ini sebuah rumah berharga RM75,000 dengan subsidi RM20,000. Pemohon hanya perlu meminjam sebanyak RM55,000 dengan bayaran bulanan kira-kira RM300 tanpa faedah.

"Syarat permohonan mempunyai tanah atau tapak rumah sesuai untuk membina rumah dan pendapatan kasar seisi keluarga antara RM750 hingga RM3,000," katanya pada majlis penyerahan kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Kelola, di sini.

Tambahnya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (S-P-N-B) telah menerima 89,880 permohonan untuk membina rumah kediaman.

Secara keseluruhan katanya, sebanyak 50,066 unit rumah telah siap dibina di seluruh negara, sejak 2002 sehingga kini.

Media Baharu