fb fb fb fb fb

Skim Kawalan Harga, tangani peningkatan kos harga barang


LABUAN, 30 Januari- Jalan penyelesaian untuk menangani peningkatan kos harga barang di pasaran perlu dirangka.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien berkata, perlu ada inisiatif dan usaha daripada pengusaha-pengusaha yang tidak berpaksikan keuntungan semata-mata, bagi membantu masyarakat.

Ujarnya, pelaksanaan Skim Kawalan Harga merupakan satu langkah yang baik dan perlu diambil peluang oleh penduduk setempat.

Pada masa sama, perlu dikaji semula kos pengangkutan yang dikenakan yang menjadi faktor terhadap kenaikan harga barangan tersebut.

Justeru, pihak kerajaan dan pengusaha pengeluar perlu bekerjasama mencari mekanisme yang berkesan untuk menyelesaikan isu berkenaan, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengguna setempat.

"Kita mahu melihat dari segi ataupun inisiatif untuk membantu lebih kepada penduduk di Labuan iaitu adakan satu program CSR secara berpanjangan dan mungkin daripada satu sudut mungkin kerajaan mampu melihat memberikan sedikit subsidi kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat."

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di sebuah pasaraya di Labuan, seterusnya melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Media Baharu