fb fb fb fb fb

Skandal LCS: kerajaan tidak tolak kemungkinan tubuh RCI

(Datuk Seri Dr Wan Junaidi mengibarkan Jalur Gemilang 
pada Program Sambutan Bulan Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 Ogos- Kerajaan tidak menolak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS) walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Jadi dalam keadaan sedemikian saya cukup yakin akan dilaksanakan dan bahkan Perdana Menteri sebut lagi kita tidak menutup pengiraan kita dan kemungkinan menubuhkan RCI. Jadi maknanya belum tertutup lagi soalan tu walaupun dianggap SPRM dah buat yang terbaik," kata Dr Wan Junaidi.

(Datuk Seri Dr Wan Junaidi ketika sidang media pada Program Sambutan Bulan Kebangsaan
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri/BERNAMA)

Berhubung siasatan dijalankan SPRM beliau berkata, kertas siasatan lain membabitkan kes LCS masih perlu dikemas kini oleh penyiasat sebelum ia dikembalikan semula kepada Pejabat Peguam Negara untuk membolehkan individu lain pula mungkin didakwa.

Menurutnya terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab membabitkan kertas siasatan berkenaan.

Media Baharu