fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Terengganu hampir pulih

FOTO HIASAN

TERENGGANU, 31 Disember- Keadaan semasa situasi banjir di negeri sini hampir pulih apabila hanya satu pusat permindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kuala Nerus.

Ia mencatatkan sembilan orang yang masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah.

Sementara itu, banjir di Dungun dilapor telah surut sepenuhnya pagi tadi.

Dua buah PPS melibatkan PPS Tanjung Pati dan PPS Dewan Masjid Serdang di daerah terbabit sudah ditutup operasinya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA