Situasi banjir di Samarahan pulih sepenuhnya

Foto hiasan

KUCHING, 27 Januari -Pusat pemindahan sementara (PPS) Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk ditutup pukul 10.00 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, kesemua 37 penduduk terjejas banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“PPS yang dibuka semalam itu menempatkan mangsa dari Kampung Seruyuk,” menurut JPBN Sarawak.

Banjir kali ini merupakan gelombang kedua yang melanda Sarawak, selepas situasi sebelum ini pulih sepenuhnya pada 17 Januari lepas.