JOHOR BAHRU, 3 Disember - Angka penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 958 orang setakat pukul 10.00 malam tadi.
Ia melibatkan 271 keluarga ditempatkan 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan Tangkak.
Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 887 penduduk terjejas berlindung di 17 PPS sehingga kini.
"Jumlah tertinggi direkodkan ialah di PPS SK Spang Loi di Segamat dengan 202 orang. Manakala 59 penduduk lagj di sebuah PPS di Tangkak," menurut jawatankuasa itu.
Sungai Muar di Segamat menunjukkan bacaan bahaya hingga 10.00 malam tadi.