fb fb fb fb fb

Siren amaran awal banjir ditambah baik

Siren amaran awal banjir yang dipasang di perkarangan Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu/ foto Bernama

PUTRAJAYA, 3 Oktober - Penambahbaikan siren amaran banjir bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa, antara langkah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam mendepani Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Ching Thoo Kim berkata, pengalaman mendepani banjir luar jangka pada penghujung 2021 menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan segera, termasuk meningkatkan bunyi siren.

"Apa yang berlaku dulu di Taman Sri Muda, siren bunyi tak nyaring, orang tak dengar. Berdasarkan itu, pihak JPS telah menambah baik siren berkenaan. Lebih nyaring, lebih kuat dan berbeza dengan siren bomba dan polis, " katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Forum Iklim Kebangsaan (FIK) 2024 yang bertemakan 'Monsun Timur Laut: Tindakan dan Cabaran Barisan Hadapan" di sini hari ini.

Dr Ching juga berkata, penduduk yang dijangka terkesan, dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dengan sebarang amaran bencana oleh pihak berkuasa.

"Kami daripada pihak kerajaan dari segi makanan tu dah sedia, PPS pun dah cukup, sekolah. Yang penting, rakyat kena bersedia, kerjasama kalau ada ramalan, arahan tu berpindahlah segera," tambah beliau.

MTL 2024/2025 dijangka bermula bulan depan, hingga Mac 2025.

Trainee