fb fb fb fb fb

Sindiket penipuan menggunakan gambar Datuk Bandar Johor

JOHOR BAHRU, 28 April - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan Datuk Bandar, Datuk Mohd Noorazam Datuk Osman, terlibat dengan akaun Whatsapp menggunakan gambar profil beliau, yang meminta sejumlah wang daripada orang ramai, kelmarin.

"Akaun yang menyamar sebagai Datuk Bandar MBJB itu, adalah taktik sindiket penipuan bagi memperdaya orang ramai," katanya dalam kenyataan hari ini di sini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta berwaspada, agar tidak tertipu dengan helah akaun palsu terbabit.


(Akaun palsu sindiket penipuan menggunakan gambar Datuk Bandar, Datuk Mohd Noorazam Datuk Osman)

Mereka yang menerima pesanan daripada akaun terbabit, diminta segera melaporkan kepada pihak polis, serta menyemak status nombor telefon berkaitan, di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.

Media Baharu