POLAND, 21 Januari - Poland mengadakan sidang parlimen pada Selasa, selepas sesi minggu lalu ditangguhkan kerana perbalahan politik berhubung pemenjaraan dua bekas menteri.
Penangkapan berprofil tinggi terhadap dua penggubal undang-undang itu, Mariusz Kaminski dan Maciej Wasik berlaku di dalam istana presiden di Warsaw minggu lalu.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan bantahan besar dengan beribu-ribu penyokong pembangkang berhimpun di Warsaw pada Khamis.
Keputusan mahkamah pada Disember bermakna Kaminski dan Wasik kehilangan mandat parlimen mereka, bagaimanapun pembangkang mencabar keputusan itu.
Dalam pada itu sepanduk membawa gambar Wasik dan Kaminski diletakkan di kerusi parlimen mereka dan ahli pembangkang bertepuk tangan dan bersorak nama mereka ketika sesi bermula.
Bercakap menjelang sesi itu, speaker parlimen, Szymon Holownia berkata, beliau tidak mengharapkan sebarang pertelingkahan daripada ahli pembangkang di parlimen tetapi mereka bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Saya tidak menjangka pergaduhan hari ini di dalam bilik (parlimen), saya tidak menjangka ia akan berlaku. Presidium Sejm dan Canselori Sejm bersedia untuk sebarang varian kerana bilik (parlimen) ini sejak 30 tahun lalu telah melihat banyak perkara.
"Dan sejujurnya, tidak banyak perkara baru lain yang boleh diwujudkan untuk diberikan komen. Kerana kumpulan lain, dan parlimen terdahulu sangat kreatif. Oleh itu, semua situasi termasuk menyekat podium, menyekat presidium, dengan sebarang penyelesaian yang kuat telah dianalisis, tetapi saya tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku hari ini." kata Speaker Parlimen, Szymon Holownia.
Tuduhan mengenai Kaminski dan Wasik adalah tuduhan terbaru yang mungkin menjadi salah satu daripada beberapa tuduhan lain. - REUTERS