fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 himpun lebih 700 pemimpin wanita pelbagai bidang ekonomi

Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir merasmikan Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 di ibu negara.

Pada persidangan kali ini, 700 pemimpin wanita terdiri daripada pembuat dasar, usahawan dan penggerak perubahan menyertai sesi kali ini dalam usaha ke arah pertumbuhan ekonomi serantau yang inklusif dan mampan.

Sidang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dianjurkan oleh Women Leadership Foundation dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Pelbagai sesi dibincang serta dibentangkan merangkumi topik termasuk mentransformasi industri, kepimpinan mampan dan transformasi digital.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE