fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN: Ketua Jabatan dibenar pertimbang permohonan BDR

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbang permohonan bekerja dari rumah (BDR) sempena dengan pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN pada hujung bulan ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan; saranan tersebut terpakai bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 kilometer dari pejabat dan terkesan dengan kesesakan aliran trafik bersempena Sidang Kemuncak tersebut.

Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya. Langkah tersebut juga selaras dengan inisiatif Kerajaan MADANI dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin serta selari dengan nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam peraturan yang berkuat kuasa

Menurut kenyataan JPA lagi, dasar BDR bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.1.2.

SITI NOORAIN ABDULLAH