fb fb fb fb fb

Siasatan terhadap 11 alas kaki bergambar Kaabah tetap diteruskan - Exco Johor

Mohd Fared Mohd Khalid

KOTA TINGGI, 16 April- Siasatan terhadap 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dirampas di sebuah pasar raya di Batu Pahat pada Selasa lalu akan tetap diteruskan meskipun penjelasan telah dibuat oleh syarikat terlibat. 

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, isu tersebut dipandang serius kerana telah mencemarkan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara. 

Ketika ini, siasatan masih dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sekiranya terdapat kesalahan.

Syarikat pasar raya berkenaan turut dipanggil menghadiri satu sesi libat urus bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi memperhalusi kekeliruan tersebut. 

"Kalau awak tahu sejadah itu mulia...itu soalan saya kepada AEON BiG...kenapa diletakkan sekali?

"Saya ada gambar dan maklumatnya, jadi kenyataan yang mereka keluarkan itu...ya...saya boleh dengar sahaja.

"Sebagai agensi penguatkuasa dan agensi agama di negeri Johor, saya akan bersifat bertanggungjawab kepada agama saya terlebih dahulu sebelum saya menimbangkan keterangan itu," tegasnya.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN
JAINJ rampas 11 alas kaki tertera imej Kaabah
Produk tertera gambar Kaabah bukan alas kaki tapi sejadah mini

SITI AISHAH MD ISA